BUAT RUMAH
UPAH TUKANG
Berdasarkan
bacaan dan pengalaman orang lain, untuk membuat rumah kita ada tiga pilihan:
1. Serahkan projek kepada kontraktor
yang akan menguruskan segala-galanya dari awal hingga akhir. Kita hampir tidak
perlu ambil tahu apa-apa, kecuali bayaran yang diminta biasanya mengikut
kemajuan projek
Pilihan ini memang menyenangkan dan tidak memeningkan kepala lebih-lebih
lagi kalau kontraktornya ok dan wang
bukan satu masalah. Tetapi kos rumah jauh lebih tinggi daripada pilihan 2 dan 3
kerana kita bayar untuk bahan, upah pekerja dan keuntungan kontraktor
2. Mengupah tukang dan pekerja mengikut
jumlah hari bekerja. Lebih ramai pekerja dan lebih lama hari bekerja maka lebih
banyak upah yang perlu dibayar, dan begitulah sebaliknya
Kalau dapat pekerja rajin dan kerja bersungguh-sungguh serta boleh
memantau selalu, maka pilihan ini lebih menguntungkan kerana rumah boleh
disiapkan dalam masa singkat dan dengan itu kos upah tidak tinggi. Sebaliknya
ada kemungkinan pekerja sengaja melambat-lambatkan kerja kerana lebih lama hari
bekerja lebih banyak upah yang akan diterima.
3. Mengupah tukang dan bayaran
berdasarkan keluasan rumah. Berapa lama masa yang diambil dan jumlah pekerja
yang digunakan adalah urusan tukang. Kita bayar tukang berdasarkan jumlah yang
dipersetujui. Kalau upahnya RM20 bagi satu kaki persegi dan keluasan rumah 1500 kp, maka upahnya RM30,000
Sebagaimana pilihan kedua, kos lebih murah daripada pilihan pertama kerana
kita hanya bayar upah tukang dan beli
bahan.
Saya membuat pilihan ketiga dan upah yang telah dipersetujui dengan
tukang ialah RM19 satu kaki persegi. Dibawah ini saya catatkan bahan-bahan yang
dibeli dengan harganya. Pembelian dibuat setelah dibandingkan harga daripada
beberapa kedai. Semoga catatan ini membantu dan dapat memberi gambaran kepada
pembaca yang bercadang untuk membuat rumah sendiri.
Jenis rumah
: Rumah sebuah setingkat
Lokasi : Telok Panglima Garang, Selangor
(kawasan kampung, maka
tidak perlu kelulusan Majlis Daerah)
Keluasan : 36’ x 40’
Bilik
tidur : 7 (keluasan tiap-tiap satu 10’ x 12’)
Bilik
air : 8 (keluasan tiap-tiap satu 4’ x 6’)
(lantai dan dinding
jubin)
Bilik stor : 1 (keluasan 6’ x 5’)
Bumbung :
Atap genting tanah liat
Dinding : Batu bata tanah liat
Lantai : Jubin
Tarikh mula
pembinaan : 1 Mei 2013
Tarikh
siap : 7
November 2013
Tarikh mula
didiami : 12 Oktober 2013
Bahan-bahan
1. Tiang batu 10’ untuk piling
172 batang X RM23 RM3956
2. Tiang batu 8’ 10 batang X RM18.40 RM 240
3. Besi Y 12mm 2 bundle X RM1650 RM3300
Tambah63 batang X RM19 RM 1197
4. Besi R 6mm satu bundle RM1350
5. Simen 480 beg X RM16.50 RM7920
6. Pasir kasar 12 lori (6 tayar) X
RM360 RM4320
7. Pasir halus 8 lori (6 tayar) X
RM390 RM 3120
8. Batu tiga suku 3 lori (6 tayar) X
RM360 RM1080
9. Ready mix reject 19 lori X RM170 RM3230
10. Batu bata tanah liat
14950 biji X RM0.35 RM5233
11. Atap genting tanah liat
Romane Canal 12 2400 keping X
RM2.55 RM6120
12. Aluminium untuk slasar dan kuda-kuda
bumbung
2x3 x 6m 190xRM21 RM3990
1x2 x6m 200x RM11.50 RM2300
13. Bracket 150 X RM1.20 RM180
14. Sekeru 4 kotak X RM30 RM170
15. A6 BRC (7x20) 14 X RM70 RM 980
16. Plywood - 9mm 4x8
30 keping X RM35
RM1050
17. Kayu 1x2x10’ 430 batang X RM4 RM1720
18. Kayu 2x3x10’ 104 batang X RM11 RM1144
19. Kayu 2x2x12’ 100 batang X RM8.40 RM840
20. Kayu 2x3x12’ 10 batang X RM13.20 RM132
21. Kayu 2x3x20’ 4 batang X RM24 RM96
22. Kayu 2x4x10’ 20 batang X RM15 RM300
23. Kayu 2x4x12’ 20
batang X RM18
RM360
24. Kayu 2x4x14 2 batang X RM21 RM42
25. Kayu 1x8x18’ 12 batang X RM36 RM432
26. Kayu 3x5x16’ 1 batang RM176
27. Wheelbarrow 3 unit X RM93 RM 279
28. Sewa mesin pembancuh simen
1 bulan RM450 (3 bulan +) RM1470
29. Kelongkong 3’x5’ 2 unit X RM150 RM300
30. Penutup kelongkong 2 unit X RM160 RM120
31. Peralatan paip untuk kumbahan RM741
32. Frame pintu (besi) 20 unit X RM45 RM 900
33. Frame tingkap tandas 2’x2’
RM40X8
RM320
34. Kapur 300 bag X RM2.50 RM750
35. Tangki air 100 gelen RM110x5 RM 550
36. Zink dan kayu buat bangsal menyimpan
alat tukang RM
498
37. Paku
5 kg X RM28
RM 140
38. Beberapa jenis dawai
RM 174
39. Wiring (3 phase) RM7900
40. Tingkap dan sliding door RM4800
41. Jubin
RM7698
42. Grille
RM3200
43. Peralatan paip RM1341
44. Mangkuk tandas 8 x RM240
RM1920
45. 1” Kikawa Auto Pump RM350
46. Syiling 4’x4’ 109xRM6.50 RM709
Syiling 2x4 57xRM3.30 RM189
47. Pintu RM175x11
RM1929
48. Pintu bilik air (folding door) RM62x8 RM496
49. Sealer dan cat RM2702
JUMLAH RM94454
Upah
tukang RM19.00 satu kaki
persegi
RM32000
Upah pasang
jubin
RM12000
Upah
mengecat
RM 4500
JUMLAH UPAH
RM48500
JUMLAH KESELURUHAN :
KOS BARANG RM94454
KOS UPAH
RM48500
......................
RM142954
........................
Diharap
maklumat di atas membantu anda membuat anggaran sekiranya ingin membuat rumah sendiri.
Kos akan lebih rendah kalau dikurangkan bilangan bilik tidur dan bilik air,
tidak menggunakan bahan tanah liat untuk bumbung dan dinding serta tidak
menggunakan jubin untuk lantai. Sila ambil perhatian kepada beberapa perkara
berikut:
1. Buat rumah ikut kemampuan, bukan
keinginan. Kemampuan kewangan ada had dan sempadannya, tetapi keinginan tidak.
Elakkan daripada tergoda dengan kata-kata yang sekali sekala berdetik dalam
hati.... alang-alang buat biarlah yang terbaik, atau yang tercantik, atau yang
terbesar. Bimbang kalau ikutkan kehendak hati, bajet lari dan rumah
terbengkalai. Bagi yang mampu dan bajet besar tentulah nasihat ini tidak
relevan.
2. Bandingkan harga dan tahu dimana
bahan binaan boleh dibeli dengan harga yang lebih murah pada kualiti yang sama.
Dapatkan senarai barang yang perlu dibeli lebih awal daripada tukang supaya
kita ada masa untuk membuat perbandingan harga.
3. Jika ada kelapangan masa, lawat tapak
binaan dan pantau kerja yang dibuat. Ini
boleh memberi mesej bahawa kita ambil berat dan mahu projek itu siap secepat
mungkin. Pastikan juga bahan yang dipesan digunakan untuk rumah kita bukannya
diseludup ke tempat lain. Kalau dapat
tukang dan pekerja yang amanah dan bertanggung jawab, pemantauan kerja dan
bahan ini mungkin tidak perlu terlalu kerap.
4. Sentiasa ada wang tunai dalam tangan
supaya dapat dibeli barang yang diperlukan tukang dengan segera. Dengan itu
bahan binaan yang diperlukan sentiasa ada dan tidak boleh dijadikan alasan
sekiranya berlaku kelewatan . Bahan yang diperlukan tukang mengikut tahap atau
peringkat binaan iaitu piling, bim dan lantai, dinding, bumbung dan kemasan
dalaman.
5. Janganlah berharap sangat rumah kita
akan siap saperti yang dijanjikan tukang, tetapi bersedialah dan berlapang dada
kalau lewat satu atau dua bulan.
Kepada yang bercadang ingin membuat rumah sendiri, diucapkan selamat
berjaya, semoga rumah impian menjadi kenyataan.
Gambar pembinaan rumah dari awal hingga siap akan menyusul dalam post
berikutnya.